Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
hahh kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya untuk pertama kali mengerjakan umrah bersama keluarga. Sebelum ni, Abah, mama dan nenek saya pergi buat umrah pada tahun 2016 dan kemudian Abah dan mama saya telah berniat kali ni bawa anak-anak ke tanah suci. Sementara masih sihat lagi, cergas dan bertenaga, sihat walafiat, Jom mengerjakan Umrah bersama-sama. Jadi, saya dan adik-beradik pergi ke tanah suci dan mengerjakan umrah wajib kami bersama. Walaupun banyak rintangan yang berlaku, tapi apabila kita sudah berniat, insha Allah dipermudahkan urusan dengan lancar.
yup, kami sekeluarga mengikut rombongan Tabung Haji Travel Agency. Kami sangat puas hati dengan servis mereka, completed sangat! Waktu ni aku cuti sem 1, 2 orang adik aku terpaksa bercuti bulan Januari tu, hmm sebenarnya aku risau juga laa sebab adik aku yang no 2 tu SPM tahun ni.
Buat pertama kalinya, kami menaiki kapal MAS paling besar sebab ramai bakal tetamu Allah nak datang. 8 jam dalam penerbangan, masa tu suhu badan naik turun sebab dalam kapal tu sejuk. Tambah-tambah lagi pertukaran cuaca sebab dah keluar dari Asian. Makan pun sampai 3 kali tau.. Dalam kapal tu kerja aku makan, tidur, tengok movie, study sikit pasal umrah. Masa ni aku dah tekad nak perform betul-betul. WAJIB kann.. Mula aku naik dari kapal laa no telefon memang tak aktif sebab line tak clear. so kau memang kena beli no baru. Tapi Instagram sentiasa on, nanti kesianlaa dengan kawan-kawan aku di Malaysia tu menanti kepulangan aku hehe. Arab Saudi ni imigresen mereka ketat tau, kena buat imbasan muka, scan jari, belum lagi spocek badan. kalau kau tak lepas, hmm alamat kau tidur laa di lapangan terbang tu. Selepas kami smpai di Raja Fadh Lapangan Terbang Antarabangsa, kami disambut oleh para muttawif. Majoriti muttawif ni orang indonesia tetapi menetap di Mekah dan Madinah. Bestkannn! kerja sambil beramal. Perjalanan kami nak pergi hotel selama 2 jam, masa ni semua orang penat, aku pun sempat lagi terlelap.

hahhh nama hotel ni Al Saja Madinah Hotel. Cantikkan, tak jauh pun dari gate Msjid Al-Munawarah. 300 meter je. Servis mereka sangat tiptop, paling aku gemar makanan. Very Completed! 5 hari kami di Madinah, aku belajar satu benda bahawa setiap kali sembahyang, mereka akan berpusu-pusu untuk masuk ke masjid dan sembahyang berjemaah. Masa ni aku sedar bahawa solat lima waktu tu adalah benda yang paling wajib dan tak boleh ditinggalkan dengan sengaja. aku terharu sangat dapat masuk masjid tu, yang bertutupkan payung.. tak mampu nak pusing-pusing kawasan tu sebab sangat besar masya Allah. Setiap kali masa sembahyang, kedai akan tutup dan semua orang akan berlari untuk sembahyang berjemaah bersama. Betul laa orang kata selama ni, apa yang kita lihat di tv tidak sama dengan realiti. dalam tv kita tengok kecil ja, bila dah depan mata sangat besar. Aku pun siap speechless. Orang keluar masuk kawasan masjid tu sanggup nak beribadat tanpa henti. Bayangkan aku jumpa dengan pelbagai manusia di sana. Boleh diibaratkan masjid nabawi tu dipenuhi dengan lautan manusia.
selfie tu adalah wajib ye hehe
yang ni payung tu terbuka disebabkan ada kerja baikpulih. Tunggu juga payung tu tutup tapi rasanya tak kot sebab payung tu laa yang membantu untuk mengelakkan manusia terkena cebisan habuk kerja baikpulih. jadi agak sedikit rugi laa tak dapat tengok payung tu tutup sepanjang di madinah.
hahhh last time aku jumpa budak ni di KML. Allah temukan kami berdua ketika mengerjakan umrah sama-sama. Jodoh kami kuat. Dapat hotel yang sama, semua pun sama-sama. Alhamdulillah.Di sini adalah tempat yang wajib pergi iaitu Ladang Kurma. Terdapat pelbagai kurma, para jemaah umrah akan membeli kurma-kurma ini sekali pembelian berplastik-plastik ataupun berkotak. maklum laa di Malaysia tidak ada. Harga yang sering ditawarkan adalah antara ( 50 riyal - 300 riyal ). Kami hanya beli kurma Nabi dan kurma manis sahaja.
Alhamdulillah, umrah sekeluarga telah pun tercapai. Niat yang telah lama diinginkan menjadi satu kenyataan. Semoga keluarga kami sentiasa dalam lindungan-Nya. Allah tahu apa yang kami inginkan dan sentiasa mendengar doa hamba-Nya.
hahh, nak tahu lebih lanjut boleh tengok full video Hamid's Fam di youtube channel, ok! Selamat menonton!



No comments:
Post a Comment